Wednesday, 4 January 2017

Budaksolo

Backpacker solo ke Hatyai 2016


Salam sejahtera..di sini aku ingin menceritakan berkenaan backpack aku secara solo ke hatyai pada 22.12.16 hingga 24.12.16..Aku telah membeli tiket bas Kesatuan Ekspres jam 2345 hrs dari Terminal Amanjaya Ipoh, Perak ke Hadyai berharga RM50.. Sebelum menaiki bas aku telah menukar matawang RM ke Baht sebanyak RM600 dan mendapat 4700bht..




So tepat jam 2345 hrs aku telah menaiki bas ke Hatyai..Dalam perjalanan di dalam bas aku telah tidur kerana bas dijadualkan sampai ke Imigresen Malaysia Thai Bukit Kayu Hitam jam 0600hrs..Di dalam bas aku cuma melihat beberapa orang sahaja warga Malaysia dan yang selebihnya adalah warga Thai yang ingin balik semula ke negara mereka..

Tepat jam 0500 hrs bas telah sampai ke kawasan rehat kawasan Bukit Kayu Hitam sebelum menunggu masa pintu sempadan dibuka pada jam 0600 hrs..Pemandu bas telah benarkan kami rehat selama sejam sebelum bas menyambung perjalanan..Aku cuma turun untuk melepas hajat ke tandas dan minum sedikit air sahaja kerana rasa keterujaan aku untuk ke negara orang tidak dapat digambarkan dan aku menjadi tidak lapar..Tepat jam 0600 hrs bas telah bergerak ke Imigresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam dan disini kami diturunkan untuk urusan pasport di sempadan Malaysia-Danok..Turun dari bas aku telah bertanyakan kepada pemandu bas dimana Arrival / Departure Card untuk diisi sebelum urusan di Imigresen Thai..Pemandu bas terlupa memberikan Form kepada aku katanya dia ingat aku warga Thai..Walaweii haha..aku terkejut dibuatnya lalu aku menunjukkan pasport malaysia kepadanya..Selepas itu barulah pemandu bas memberikan Form kepadaku untuk diisi..Di kaunter Imigresen Malaysia aku telah menggunakan laluan khas AutoGate khas untuk warga Malaysia dimana di sini kita cuma letakkan pasport kita di mesin untuk discan dan gambar kita akan disnap oleh kamera..kemudiannya kita dikehendaki meletakkan cap jari di mesin untuk discan barulah autogate akan terbuka secara automatik..Kemudiannya aku telah bergerak ke kaunter Imigresen Thai untuk urusan cop masuk pula..Pejabat Imigresen Thai terletak berdekatan dengan kaunter Imigresen Thai dan disitu aku telah teruja melihat anggota Imigresen Thai dan rakyatnya yang berpusu-pusu beratur untuk cop masuk ke Thailand..Semasa urusan cop di kaunter aku telah terlupa untuk meletakkan duit sebanyak RM2 seperti yang telah diceritakan oleh kawan-kawanku yang pernah masuk ke sini..Memang anggota Imigresen Thai akan melambat-lambatkan urusan..banyak ditanya mahu ke mana buat apa datang dengan apa..Aku selamba aje jawab dan akhirnya pasport aku dicop juga..yessss..selesai urusan imigresen dan tiba masanya aku bergerak ke Hatyai..Hatyaiii..kau tunggu aku kataku di dalam hati..

Setelah urusan semua penumpang selesai bas kami terus bergerak ke Hatyai..dari Danok ke Sadao aku melihat bermacam-macam ragam warga Thai di atas jalanraya..ada kanak-kanak muslim yang menaiki tut tut beramai-ramai untuk ke sekolah dan sebagainya..Untuk pengetahuan masa di Thailand adalah lewat sejam berbanding Malaysia.. Aku tidak tukar masa jam tangan aku pun just remember in my mind..Perjalanan dari sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam ke Hatyai memakan masa lebih kurang 45 minit sahaja..Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba dan bas yang aku naiki telah tiba di tengah-tengah Bandar Hatyai lebih kurang jam 0800 hrs waktu Thailand..Yessss..gua sudah sampaiiii..Aku terus terjun dari bas dan mencapai backpack ku yang telah diangkat oleh warga Thai di tepi jalan tersebut..Pada masa itu barulah aku terasa lapar dan aku segera masuk ke kedai muslim yang berhampiran dan aku telah makan Nasi goreng ayam 50bht dan air teh ais 35bht..mahal harga airnya..boleh tahan..Selepas makan aku telah bergerak ke Hotel yang telah aku booking dalam online Booking.com dengan menaiki motor teksi 30 baht..




Setelah mengharungi hiruk pikuk di kota Hatyai dengan teksi motor aku telah sampai ke Singapore Hotel yang berharga 550bht semalam..Aku sampai awal di hotel dan aku dibenarkan untuk check in awal..Selepas aku meletakkan bagpack dan barang-barangku di bilik hotel aku telah pergi ke sebuah pasaraya terbesar di bandar Hatyai dengan menaiki tuktuk tambang 50bht..Perjalanan ke pasaraya mengambil masa selama 10 minit sahaja..Sampai di pintu masuk pasaraya yang aku terlupa namanya (pasaraya lebih kurang Aeon di Malaysia), aku dikehendaki untuk meletakkan bag silang yang aku bawa di mesin scan untuk scan barang yang aku bawa..Pendapatku mungkin mereka untuk memastikan keselamatan orang awam di pasaraya kerana takut pengunjung yang ingin masuk membawa bom atau senjata..Sampai di dalam aku melihat pasarayanya memang besar juga dan aku telah ke panggung wayang Cineplax yang berada di tingkat 4 pasaraya..Aku memang seorang kaki wayang dan aku saja ingin mencuba tengok wayang di panggung Hatyai pula..Masa aku beli tiket movie Assasin Creed yang berharga 200bht ialah pada pukul 1500 hrs waktu Thailand dan wayang bermula pada pukul 1530 hrs..Sebelum menunggu waktu wayang bermula aku telah turun makan di Foodcourt pasaraya di tingkat 4..Di foodcourt aku telah makan nasi goreng udang dengan telur masin berharga 50bht dan air minuman Apple blender berharga 20bht..rasanya memang tidak mengecewakan..Selepas makan minum dan tepat jam 1530 hrs waktu Thailand aku telah memasuki panggung wayang untuk menonton movie yang telah aku pilih..Sepanjang perjalanan aku dari kaunter tiket ke dewan panggung aku melihat banyak sofa berkembar dan meja kaca disediakan untuk pengunjung duduk berehat dari dewan panggung pertama hingga ke depan toilet nun di hujung dewan..amat menarik dan banyak kemudahan kelesaan yang dibuat untuk pengunjung..Selepas aku menikmati tayangan movie selama lebih kurang 2 jam aku pun balik ke hotel aku dengan menaiki tuktuk yang selesa dan cantik berharga 40bht..Semasa perjalanan dari pasaraya ke hotel aku, tuktuk telah singgah di tepi jalan untuk mengambil penumpang..Seramai 6 penumpang wanita warga Thai telah naik dan aku tergamam seketika..Aku kuatkan imanku kerana awek-awek tersebut tersenyum sahaja melihat aku..Mereka bercakap sesama sendiri dalam bahasa mereka dan aku cuma faham mereka cakap "Malay"..Mungkin mereka dapat mengagak aku pelancong dari Malaysia..Itulah salah satu tarikan yang aku lihat ada di sini dimana orang disini murah dengan senyuman..




10 minit kemudian aku telah sampai ke hotel aku dan aku akan kongsikan pengalaman seterusnya aku di sini di entry yang akan datang..Aku malas nak menaip sebenarnya dan aku harap perkongsian aku nie dapat dijadikan panduan untuk kawan-kawan lain yang ingin berkunjung ke sana..Cuma matawang kita sekarang yang menjadi masalahnya kerana nilai matawang kita telah jatuh..Tepuk dada tanya selera..

No comments:

Post a Comment